-->

Falsafah dan Matlamat

FALSAFAH SMK TASEK UTARA

Sesungguhnya pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 
adalah satu proses yang berusaha 
untuk melahirkan pelajar yang terdidik 
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ia merupakan satu usaha yang dinamik
ke arah melahirkan pelajar yang berpotensi 
secara menyeluruh dan bersepadu 
dalam semua aspek pendidikan kurikulum dan kokurikulum,
memiliki keperibadian yang terpuji,
berakhlak, beriman dan berhemah tinggi,
berwawasan dan bersemangat waja serta cintakan tanah air.

MATLAMAT SEKOLAH

Mewujudkan satu sistem pengurusan yang efisien dan berkualiti 
yang menyumbang kepada pencapaian wawasan organisasi.

Melahirkan warganegara yang berpendidikan, 
berdisiplin dan bermoral tinggi 
yang dapat memberikan sumbangan yang positif 
terhadap masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Menjaga kebajikan setiap individu 
untuk memelihara keharmonian masyarakat sekolah.

Meningkatkan dan mengeratkan 
permuafakatan dengan komuniti setempat 
ke arah kecemerlangan organisasi.


OBJEKTIF SEKOLAH

Mengamalkan sistem pengurusan 
yang berkualiti dan berhemah pada setiap masa.

Meningkatkan prestasi akademik
 terutamanya dalam peperiksaan 
Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia 
serta bidang Kokurikulum, dari segi kualiti dan kuantiti.

Memupuk minat pelajar-pelajar 
dalam bidang Kesenian dan Kebudayaan Kebangsaan.

Menanam semangat cintakan sekolah dan perasaan kekitaan 
dengan menghargai setiap usaha dari kegiatan-kegiatan 
yang bertujuan mencapai matlamat ini.

Memelihara keadaan yang harmoni, bersatupadu, hormat-menghormati 
dan bekerjasama dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

Mewujudkan golongan pelajar yang peka 
kepada perubahan dan keperluan dalam konteks semasa.

Menimbulkan kesedaran bahawa setiap pelajar 
adalah individu yang berpotensi dan berharga 
yang merupakan aset kepada negara.

Mewujudkan dan memelihara suasana alam sekeliling sekolah 
yang sihat,ceria dan merangsang minda.

0 comments:

Post a Comment