-->

Logo dan Warna



Logo SMK Tasek Utara mengandungi dua jenis bentuk tertentu iaitu bentuk perisai dan pita di bahagian bawahnya. Perisai melambangkan satu institusi pengajian di bawah naungan Akta Pelajaran Malaysia. Di bahagian atas perisai terdapat bumbung rumah Melayu melambangkan aliran kebangsaan. Perisai dibahagikan kepada empat bahagian melambangkan empat buah pasukan rumah sukan iaitu Taming Sari, Sundang, Sempena Riau dan Majapahit.

Huruf-huruf jawi yang bersilang kait ‘Ta’, ‘Alif’ dan ‘Jim’ adalah huruf pangkal Tasek Utara Johor juga tulisan Tekun, Usaha, Jaya. Di bahagian bawah perisai terdapat bentuk Tasek sebagai latar belakang kepada perkataan Utara.

Warna keemasan melambangkan kemuliaan darjah-darjah kebesaran Sultan yang berdaulat sebagai yang dipertua dan penaung rakyat serta ketua hal ehwal agama. Warna biru (Turquoise) pula melambangkan taat setia rakyat kepada Sultan dan negeri juga merupakan pakaian seragam murid-murid sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Logo ini telah digunakan pada tahun 1972 semasa sekolah ini di bawah pentadbiran Tuan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahman, pengetua sekolah ini mulai 1971-1988.

Logo ini adalah hasil ciptaan En. Md Salleh bin Mohd dari Pejabat Arkitek Jabatan Kerjaraya Johor, Johor Bahru. Beliau juga merupakan Pengerusi Persatuan Pelukis-pelukis Johor (PERLU).

0 comments:

Post a Comment