FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI
KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
VISI SMKTU
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI SMKTU
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
PIAGAM PELANGGAN
KAMI WARGA SEKOLAH MENENGAH TASEK UTARA
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN
USAHA KAMI UNTUK:
- Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
- Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
- Memastikan pengajaran / pembelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
- Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
- Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, masyarakat dan kerajaan.
- Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
- Menentukan segala urusan surat menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan segera dengan tepat kepada yang berkenaan.
- Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara.